hari ni,adiey nk update blog about ap ya??ha..dalam tngk2 blog orang..jumpa satu entry... tajuknya TIPS SUPAYA TIDAK MALAS UPDATE BLOG..sebenarnya..malas nk taip bnyk..jadi baca lah ye :)
.Assalamualaikum !
Peacee Yo(!) ^_^v



Ehem . Anda malas ? Dah lama dalam blogging tiba-tiba muncul sifat malas . Eh , sama lah kita . Tapi malas-malas pun Lyssa akan curi sedikit masa Lyssa untuk update blog walaupun sehari sekali update . Asalkan update . Memanglah , sejak belakangan ini Lyssa tengok bloggers macam dah banyak yang jarang update blog . Kenapa ? Kenapa ? Adakah korang ni tergolong dalam orang yang jenis 'cepat bosan' . Rilekkss ah . Ini baru permulaan . Tak payah lah cepat sangat rasa bosan dan malas .
Kenapa boleh , korang dan diri Lyssa sendiri dh semakin malas untuk update blog ? Mungkin disebabkan terlalu sibuk untuk menguruskan urusan harian seperti homework , assigment dan kerja-kerja di office . Tapi tak mengapa . Di sini , Lyssa akan kongsikan sedikit tips supaya korang tidak malas lagi untuk update blog .
Tetapkan Hari Untuk Menulis Entry
Korang ada tetapkan hari tak ? Atau main bedal sesuka hati je nak update bila . Rasa nak update , update . Kalau rasa tak nak , biar je sampai berkulat/bersawang . Ishk ! Jangan lah sampai macam tu pulak . hihi . Tetapkan hari . Hari di mana korang rasa korang betul-betul free . Contoh : Isnin , Rabu , Jumaat dan Sabtu . Bila korang dah set kat mind korang bila hari korang nak update , automatik korang akan update juga walaupun entry yang ringkas . Update selagi mampu , asalkan kita boleh tumpukan penulisan blog dengan konsisten =)
Buat Catatan Di Buku Nota Kecil
Haaa . Kalau pergi mana-mana je kan , korang ada tak bawak buku nota taruk masuk dalam handbag ? haha . Lyssa ada ! Malu pulak nak cakap . Eleh . Bukan apa . Ini lagi memudahkan Lyssa bila-bila masa nak update nanti . Contoh kita kemana-mana . Tiba-tiba time tu juga lah idea baru nak datang . Terus catit dalam buku tu . Buat point form . Nanti bila dah ada waktu kelapangan , belek balik buku nota tu terus update dalam blog . Mudah kan ? :)
Update Blog Dengan Meng-upload Gambar-Gambar Yang Menarik
Gambar yang menarik juga boleh mendapat perhatian pembaca yang sering datang singgah ke blog anda . Setahu Lyssa , para pembaca kebanyakannya lebih gemar untuk melihat gambar-2 daripada membaca artikel yang panjang lebar tak ketahuan ala apa yang ingin disampaikan . Dengan hanya sekeping gambar sudah cukup untuk menyampaikan sesuatu mesej kepada pembaca . Contoh : Setiap hari Rabu kan ada Wordless Wednesday . Apa benda Wordless Wedenesday ni ? Ok . WW ni merupakan salah satu trend untuk semua bloggers di alam maya ni . Tempek gambar dalam entry di mana gambar tersebut lah yang akan menceritakan segala-galanya tanpa ada penerangan mengenainya . Ambik kesempatan setiap Hari Rabu untuk update gambar yang menarik :)
Video , Lagu Yang Menarik/Diminati
Mustahil lah para blogger tak pernah dengar lagu , tengok video yang menarik lagi tertarik kan ? Tambah-tambah lagi di Youtube . Belambak ada lagu and video kat situ . Apa lagi , dah malas sangat sampai tak ada idea nak update , boleh je cari lagu-lagu dan video post kan masuk dalam blog korang . Pun boleh kan ? Dah malas sangat ! heheww~
Promote Iklan-Iklan
Promote iklan ? Macam mana tu . Haaa . Benda yang paling mudah . Korang ada churp-churp ? Ada says ? Atau ikln affiliate yang lain yang boleh mendatangkan faedah kepada korang sediri ? Senang je lah . Pergilah ke iklan atau kempen-kempen dari churp-2 atau says .Korang juga boleh promote iklan diorang dengan menceritakan mengenai iklan yang ingin disebakan . Di kesempatan itu juga korang boleh share link untuk mereka klik . Di situ , korang dapat mengumpul earning korang dan akan bertambah bertambah dan bertambah .
No comments:
Post a Comment